Kedudukan Media dalam Demokrasi
Media adalah sebagai satu wacana bagi penyampaian
sesuatu maklumat mahupun berita. Manakala media massa sebagai ’Intermerdiary
Institution’ (Daniel Lerner). Dalam perkembangan sistem pemerintahan
bermasyarakat, demokrasi dianggap sebagai satu sistem politik terbaik yang
terkandung di dalamnya idelisme sosio-politik yang sesuai untuk kehidupan
manusia (Clifford, 1976). Perkembangan demokrasi yang meluas adalah melalui
media yang bertindak sebagai saluran yang mana media adalah dianggap sebagai
’watchdog’ iaitu sebagai kekuatan keempat selepas eksekutif, legislatif dan
judisiari dalam sistem demokrasi yang diamalkan. Di Malaysia demokrasi
kewartawanan dan etika media massa masih menjadi perdebatan umum walaupun
kebebasan media tersebut telah diberikan ruang dalam proses ’participate’ dan
saya berpendapat kawalan yang ketat terhadap penyebaran sesuatu maklumat
terutamanya dekad ini yang mana ’Media Baru’ yang semakin popular dan mengatasi
peranan media konvesional perlu dianalisis apakah media baru ini merupakan
simbol baru terhadap demokrasi serta kebebasan informasi bagi sesebuah negara
terutamanya di malaysia, sedangkan media juga turut menjadi dalang kepada
beberapa krisis nasional negara.
Media banyak memainkan peranan dan ianya adalah
sebagai indikator yang memandu ke arah transisi demokrasi. Ketaksuban dalam
sistem demokrasi yang seringkali disalahguna untuk kepentingan adalah tidak
sihat dan ianya perlu dihindari. Bagi saya kod etika dalam media terutamanya
dibidang kewartawanan haruslah mendokong fahaman demokrasi, bebas dan
bertanggungjawab serta tidak berat sebelah. Amalan ini adalah sesuatu perkara
yang sangat positif. Meskipun demikian, amalan berat sebelah yang saya lihat
adalah merupakan budaya para wartawan dan media masa kini.
Saya juga berpendapat bahawa kerajaan malaysia
dekad ini masih lagi bersifat terbuka dalam membicarakan peranan yang dimainkan
oleh pihak media dalam mewujudkan demokrasi yang kukuh terutamanya dalam
mewujudkan mekanisme untuk mengimbangi kekuatan kerajaan dan kepentingan
masyarakat supaya terus terpelihara.
Evolusi media dari estet ke 4 ke estet ke 5.Contoh
Estet ke 4 adalah mengenai mesin yang dapat menghantar
,menerima dan bertindak mengikut arahan yang mempunyai rangkaian komunikasi
serta membolahkan ia berhubung dengan mesin lain dan manusia untuk menjalankan
perkhidmatan.Estet ke 4 adalah merupakan istilah yang diperkenalkan oleh Edmund
Burke pada tahun 1841.Contoh yang peranan estet ke 4 melalui media seperti di televisyen,komputer,telefon
pintar,robot,mesin percetakkan dan banyak lagi.Manakala estet ke 5 adalah sesuatu
yang telah dirangkakan di dalam media sosial.Contohnya penggunaan di media
sosial seperti instagram,facebook,twitter dan banyak lagi.Peranan estet ke 5
kepada media lebih menarik orang ramai kerana ianya memudahkan untuk
mendapatkan maklumat dari pelbagai sudut pandangan dan kepantasannya dalam
menyebarkan maklumat di seluruh dunia pada masa kini.
Media itu
apa ? Contoh
Media merupakan sesuatu bahan yang dicipta oleh manusia bagi
memudahkan masyarakat berkomunikasi secara meluas di seluruh dunia.Media juga
boleh membantu untuk mendapat pendidikan dan hiburan.Dalam proses pembelajaran
media boleh menjadi sumber kepada guru atau pelajar untuk membantu memudahkan
proses pembelajaran.Contoh buku teks,video dan audio dan lain-lain.Dari sudut
hiburan pula media boleh didapati dalam bentuk Cd,lagu-lagu yang disiarkan di
radio,majalah,film dan banyak lagi.Ianya media boleh dimanfaatkan untuk persembahan
atau kegiatan yang direka untuk mendapatkan nikmat hiburan(sedih,tawa dan
keseronokkan) kepada penonton.
Benarkah
media mengubah budaya masyarakat?Adakah budaya masyarakat membentuk
media?Contoh?
Kemajuan teknologi dalam bidang informasi dan
komunikasi sememangnya tidak dapat disangkal lagi dan setiap lapisan masyarakat
akan berusaha dan berlumba-lumba agar seiring dengan peredaran masa. Justeru
itu jugalah media terutamanya media massa dikatakan mempengaruhi dan boleh
mengubah budaya masyarakat. Pengaruh media sangat kuat dalam kehidupan
masyarakat pada masa ini walaupun tahap dan jenis pengaruh media berbeza-beza antara setiap individu. Ini
disebabkan terdapat perbezaan corak pemikiran dan perbezaan sifat pada sikap,
hubungan sosial dan perbezaan budaya masyarakat itu sendiri yang menyebabkan
berlakunya perubahan sosial samada secara positif mahupun negatif mengikut
penerimaan serta pemahaman masyarakat berkenaan tentang informasi yang
disebarkan melalui media tersebut.
Sepertimana yang diketahui umum, media terutamanya
media massa merupakan penyebar informasi yang utama di Malaysia dan di dunia.
Media massa digunakan secara meluas kerana kebolehannya memberikan maklumat
yang cepat dan padat walaupun maklumat tersebut belum dipastikan kesahihannya.
Cohen, B, (1960) seorang tokoh komunikasi berpendapat bahawa meskipun media
tidak memberi tahu apa yang harus kita pikirkan, tetapi mempengaruhi apa yang
kita fikirkan. Contohnya informasi mengenai penculikan seorang pengusaha
restoran di Ocean King Restaurant di Sandakan pada 14 Mei 2015 oleh kumpulan
Abu Sayyaf, sedikit sebanyak telah menjejaskan kehadiran pengunjung ke restoran
tersebut pada masa itu dan sekaligus menyebabkan restoran tersebut ditutup kerana
faktor keselamatan dan tanggapan pengunjung sendiri bahawa restoran tersebut
tidak selamat untuk dikunjungi.
Adakah budaya
masyarakat membentuk media?
Budaya masyarakat dikatakan
boleh membentuk media tersebut walaupun tidak secara keseluruhannya. Ini kerana
media dipengaruhi oleh dasar pemilikan media itu sendiri namun disebabkan hubungkait antara media dan
masyarakat iaitu masyarakat memerlukan media
manakala media juga memerlukan masyarakat sebagai pengukur kepada
keberkesanan dan kualiti media itu sendiri, pendek kata media dan budaya tidak
boleh dipisahkan antara satu dengan yang lain. Menurut Anderson dan Taylor
(2013) mengatakan globalisasi merupakan satu proses peningkatan jaringan dan
saling bergantungan antara satu masyarakat dengan satu masyarakat yang lain.
Begitu juga antara negara yang saling berhubungan dan dilihat sebagai sebuah
entiti. Maka itulah budaya masyarakat juga turut membentuk media. Contohnya
dalam budaya segelintir golongan LGBT iaitu Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender
dan kelompok yang mempersoalkan identiti seksual diri (LGBTQ) yang ingin
menuntut kesamarataan dan pengiktirafan terhadap golongan mereka yang sedang
hangat diperkatakan masa kini. Isu ini walaupun berkaitan dengan golongan
minoriti tetapi menarik perhatian media untuk mendapatkan informasi lebih
banyak lagi untuk di salurkan ke pengetahuan masyarakat umum. Ini disebabkan
isu LGBT merupakan isu yang berkaitan dengan masa depan negara ini sendiri dan
bertentangan dengan agama, kepercayaan serta budaya di negara ini.
Media
sebagai kuasa imperialis yang lebih hebat.Definisi dan contoh.
Media
merupakan kuasa imperialisme yang lebih hebat kerana negara dijajah secara
halus oleh media elektronik.Begitu juga imperialisme
budaya terhadap negara-negara
dunia ketiga juga mempengaruhi dunia. Selain itu, media
elektronik juga merupakan sumber maklumat sehala di dunia yang telah
menyebabkan media dapat
memberi kesan besar
kepada negara-negara terpinggir.
Konsep
pergantungan iaitu negara pusat telah mendominasikan negara pinggir dengan cara
perdekatan terhadap imperialisme media dan budaya yang telah mengakibatkan
pergantungan sepenuhnya terhadap sistem ekonomi dan politik. Keadaan ini, juga
menyebabkan berlakunya pergantungan kepada perisian media. Kesan daripada
imperialisme ini telah memberi impak negatif
kepada negara kerana
keinginan masyarakat terhadap
hiburan media yang
semakin meningkat dan telah memodenkan rakyat dalam penggunaan media di
zaman era globalisasi ini.
Apa akan terjadi jika pengusaha media bergabung?Contoh
Menurut
Heinich et al,1981, media adalah penyampai atau pembawa maklumat antara punca
dengan penerima.Media termasuklah akhbar,buku, majalah,radio,televisyen dan
internet.Tidak dinafikan media sangat berkuasa untuk mempengaruhi masyarakat
dengan maklumat yang tersebar dengan pantas.Terpulang kepada masyarakat di luar
untuk memproses sesuatu maklumat yang diterima.Media adalah satu medium yang
boleh membentuk corak pemikiran masyarakat.Oleh itu, penggabung media akan
memberi impak yang sangat besar kepada sesebuah negara bergantung kepada
objektif pemilik media tersebut.
Dalam
konteks media di Malaysia Media Prima Berhad memonopoli media dalam industry
persuratankhabran,industri penyiaran dan juga siaran radio.Media Prima Berhad
memiliki syarikat The New Straits Times Press Berhad (NSTP) yang menerbitkan
akhbar New Straits Times Press,Malay Mail, dan Sunday Times.Syarikat Berita
Harian (M) Berhad yang menerbitkan akhbar Berita Harian,Berita Minggu,Harian
Metro dan Harian Ahad.Dalam industry penyiaran pula Media Prima Berhad
merupakan pemilik TV3,NTV7,8TV dan TV9 dan stesen radio Max Airplay Sdn Bhd
yang mengendalikan siaran radio Hot FM.Media Prima Berhad jelas berjaya
mengatasi agensi media massa milik kerajaan iaitu Radio Televisyen Malaysia
(RTM) sebagai medium penyampai maklumat kepada lapisan masyarakat di Malaysia. Tetapi
persoalannya adakah media ini mempamerkan keseluruhan kebenarannya atau
kebenaran yang dipaparkan bersifat terpilih?Ini kerana penggabung pengusaha
media akan memberi kesan kepada bentuk maklumat disampaikan.
Peranan
media sebagai saluran maklumat yang unggul.di era globalisasi yang mampu
mempengaruhi masyarakat dengan cepat akan memberi impak yang besar kepada
pemilikan media setelah penggabungan media.Ini kerana sekiranya pemilikan media
mempunyai agenda tersendiri baik dari segi politik mahupun ekonomi pemilik media akan menyalurkan maklumat yang
diinginkan dsecara tidak langsung melalui media yang di miliki kerana mempunyai
kuasa veto terhadap media.Pemilik media mampu mengubah corak politik,ekonomi
dan sosial sesebuah negara.
Pengusaha
media banyak bergantung kepada bayaran pengiklanan yang boleh menyebabkan pengusaha
media di pengaruhi oleh korporat yang berminat untuk menyebarkan fahaman mereka
melalui media.Pengusaha media yang dikawal oleh korporat yang bermotifkan
politik dengan senangnya akan dapat mempengaruhi dan menyebarkan fahaman
politik mereka.Media sering kali akan mengorbankan kebenaran demi untuk menjaga
kepentingan pihak-pihak tertentu sama ada pemilik media berkenanan atau
pihak-pihak lain yang menngawal penyairannya.Menurut Marshall McLuhan (1957)
kita tersilap kalau melihat impak media massa hanya dari segi mesej,imej
ataupun kandungannya sahaja.Tanpa kita sedari media massa menyebabkan cara kita
berfikir berubahan dan ini merupakan implikasi terbesar media massa terhadap
kemanusiaan.
Di sediakan oleh :
1) ADZIAH BINTI LAMBUN (YA2017-1332)
2) ELIVIA PAULINUS KUANDIP INSIH (YA2017-1321)
3) NOORSHALINA BINTI MOHD AMIR (YA2017-1374)
4) MOHD ASRI BIN MAJIRUN (YA2017-1023)
5) SYARIFAH MERLYNDA BT SYED ADBUL SALAM (YA2017-1333)
Di sediakan untuk :
ENCIK SUHAIMI SALLEH
No comments:
Post a Comment