Friday, December 21, 2018

Tugasan 2 : Adakah anda bebas dari segi minda dan jasad?


Secara globalnya siapa yang mengawal media?


Media hari ini media dikuasai oleh enam buah syarikat yang terbesar di Amerika Syarikat.Mereka dikenali sebagai “The Big Six”. Di mana enam syarikat besar secara kolektif mengawal media Amerika hari ini seperti Time Warner, Walt Disney, Viacom, Rupert Murdoch News Corp,CBS Corporation dan NBS Universal.Syarikat-syarikat ini memiliki kesemua saluran media yang menjadi bahan untuk mendapatkan maklumat serta hiburan.Saluran media ini termasuklah rangkaian televisyen, saluran filem, atau movie, akhbar, majalah, saluran penerbitan, muzik, laman web, dan studio filem.Mereka mengawal media dengan mengawal corak pemikiran setiap individu melalui apa yang rakyat Amerika tonton,dengar dan baca setiap hari.

Sehingga pada hari ini,apa yang kita lihat ialah penguasaan enam syarikat korporat gergasi telah berjaya menawan penyebaran  berita dan   maklumat di Amerika Syarikat.Namun,bagi pendapat mereka yang pakar dalam bidang media menyatakan bahawa Big Six tidak sepenuhnya mengawal keseluruhan media di Amerika.Sebagai contoh, Clear Channel kini memiliki lebih 1000 stesen radio di seluruh  Amerika Syarikat. Syarikat syarikat seperti Google, Yahoo dan Microsoft semakin mendominasi internet.


Di Malaysia,siapa yang mengawal media?

RTM,Media Prima tapi bagaimana?


Menurut laporkan dalam Indeks Kebebasan Akhbar Dunia (World Press Freedom Index) negara Malaysia berada di kedudukan 145 daripada 180 negara pada tahun 2018 dan pada tahun 2017 Malaysia berada di kedudukan 122.Oleh itu sangat penting untuk meneliti ruangan kebebasan media  khususnya terhadap kewartawanan di Malaysia.Televisyen memainkan peranan yang penting untuk menyampaikan maklumat terkini kepada masyarakat di luar.Media Prima dan RTM merupakan saluran televisyen yang memberi pelbagai siaran percuma (free-to-air).Media Prima memilik saluran  seperti TV3,TV7,8TV,TV9 dan TV Alhijrah manakala RTM pula terdiri daripada TV1 dan TV2. RTM adalah dioperasi oleh kerajaan(state) begitu juga dengan Media Prima walaupun bukan sepenuhnya. Menurut The Malaysian Reserve 2012,pemilikan dan tontonan televisyen di Malaysia mencatatkan peratusan yang tinggi dengan 99% isi keluarga di semenanjung Malaysia memiliki televisyen di rumah.Ini menunjukkan setiap siaran dari televisyen akan mempengaruhi masyarakat dengan mudah dan cepat.

Media di Malaysia di kawal oleh state dengan penggubalan akta dan undang-undang untuk  menyekat kebebasan media.Pengawalan media di Malaysia oleh state bermula dengan penubuhan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM) pada tahun 1998.Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bertujuan untuk mengawalselia industri komunikasi dan multimedia manakala dan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998 bertindak untuk menggariskan fungsi,bidang kuasa dan aspek pengoperasian Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.Di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 Seksyen 213 melarang penyampaian isi kandungan yang tidak bersesuaian iaitu kandungan yang boleh menyinggung dan boleh di bantah dalam konteks sosial negara ini.

Pengawalan media oleh state bukan sahaja terhad kepada media tetapi mereka yang terlibat dalam bidang media seperti wartawan juga diancam oleh pelbagai peraturan yang mengawal kebebasan kerja mereka.Sesiapa yang di dapati memberi ancaman kepada negara Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 akan digunakan untuk menghentikan ancaman tersebut.Walaupun ISA telah di mansuhkan pada tahun 2012 oleh mantan Perdana Menteri Malaysia namun ISA telah digantikan dengan Akta Kesalahan Keselamatan.Akta baru ini dilhat lebih berkuasa untuk mengawal dan mempengaruhi media di Malaysia.


Implikasi pemilikan dan pengawalan ini?

Teknologi komunikasi tidak akan dapat lari dari pemilikan media dan perkara ini pada sedikit sebanyak telah mempengaruhi demokrasi sesebuah negara. Jika di Malaysia, kerajaan memiliki Radio Televisyen Malaysia (RTM). Media Prima pula memiliki New Straits Times Press (M) yang telah menerbitkan New Straits Times, New Sunday Times, Berita Harian, Berita Minggu, Harian Metro, TV3, 8TV, dan NTV7. 
Walaupun media massa dimiliki oleh golongan ‘kapitalis’ namun hakikatnya mempunyai perkaitan dengan kerajaan menerusi pemilikan tidak langsung iaitu pemilikan dari segi ekonomi dan kawalan undang-undang. Sebagai contoh, Media Prima Berhad adalah dimiliki oleh Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) yang mana ianya adalah di bawah Khazanah Nasional iaitu salah satu organisasi yang dimiliki oleh kerajaan. Ini adalah sebahagian daripada keadaan yang menunjukkan bagaimana media massa di Malaysia ini dimiliki oleh kerajaan dan juga golongan kapitalis. Walaubagaimanpun ianya adalah kesemua media massa adalah di bawah kawalan undang-undang yang telah dikuatkuasakan oleh kerajaan.

Seperti yang kita sedia maklum, melalui sejarah dalam Kementerian Penerangan 1983 pada ketika itu telah menetapkan RTM adalah sebuah institusi media yang digunakan untuk menerangkan, menyebarkan dan menyampaikan setiap maklumat dan berita seterusnya membantu usaha integriti nasional dalam usaha-usaha kerajaan untuk membangunkan negara. Kesannya adalah  pemilikan media dan hubungan rapat bersama kerajaan dapat dilihat dari segi campurtangan dalam setiap tadbir urus media itu sendiri. Hal ini menyebabkan pemilikan media massa oleh kerajaan sama ada pemilikan langsung mahupun tidak langsung serta menerusi kawalan undang-undang jelas mencacatkan sistem dalam media yang mana ianya akan menghalang teknologi komunikasi untuk berfungsi sebagai medium penyampaian maklumat serta berita yang benar dan sahih kepada masyarakat.

Selain itu, media yang dimiliki oleh kerajaan sama ada secara langsung mahupun tidak langsung menyebabkan kandungan media terus bermanfaat kepada pihak kerajaan sahaja. Hal ini sekaligus menafikan hak rakyat untuk mendapatkan kepelbagaian maklumat daripada pelbagai pihak. Hakikatnya pemilikan media oleh kerajaan dan golongan kapitalis jelas akan menggagalkan teknologi maklumat dan komunikasi untuk muncul sebagai satu medium yang bebas dan boleh dianggap sebagai demokrasi dalam setiap penyampaian berita ataupun maklumat kepada masyarakat.


Salah siapa?Siapa kita?(jatidiri)

Media memainkan peranan yang penting dalam menentukan hala tuju sesebuah negara, ini kerana media merupakan medium yang menghubungkan kerajaan dengan rakyat, menyampaikan informasi dalam dan luar negara. Maka tidak hairanlah jika media-media dikawal oleh individu tertentu, dikawal oleh pemerintah demi kepentingan masing-masing yang terlibat. Justeru itu perlunya diwujudkan suatu akta atau undang-undang mengawal pemilikan dan pengawalan media ini agar pemilikan tidak tertumpu kepada satu arah bagi mengelakkan laporan bias kepada pemerintah sahaja. Para wartawan diletakkan dalam satu profesion yang tidak berpihak pada mana-mana pihak namun masih dikawal agar tetap menjauhi unsur-unsur fitnah, mencerca peribadi, memperlekehkan mana-mana agama dan perkauman. Begitu juga masyarakat dalam menyuarakankan pendapat demi keharmonian negara.

Di malaysia pada masa kini output berita yang bertindak sebagai agen penstabilan dan pembangunan negara berkait rapat dengan kawalan dan pemilikan terhadap media itu sendiri seperti televisyen. Kecenderungan pemilikan dan pengawalan media seperti ini menyebabkan kebebasan media tersekat. Maka itu, semua individu, masyarakat dan agensi kerajaan mahupun NGO memainkan peranan dalam memastikan media tidak dikawal oleh seseorang individu mahupun sesetengah pihak termasuklah para pemimpin itu sendiri. Undang-undang perlu digubal dan dikuatkuasakan dengan tegas. Undang-undang tidak boleh diperlekehkan dan digunakan demi kepentingan sendiri mahupun pihak lain. Walaupun telah ada undang-undang yang telah digubal sebelum ini namun undang-undang tersebut lebih tertumpu kepada siapa, apa penerbitan dan isu berita dalam media tersebut, tetapi tidak ada peruntukan tentang pemilikan media yang sepatutnya neutral dan tidak berpihak kepada satu pihak yang berkepentingan sahaja. Ini kerana konsep Penyiaran Perkhidmatan Awam (Public Service Broadcasting), yang ditakrifkan oleh UNESCO adalah ‘sebagai penyiaran yang dihasil, dibiayai dan dikawal oleh awam, untuk awam’. Takrifan ini bererti penyiaran tersebut bukan berunsur komersil dan tidak dimiliki oleh kerajaan tetapi harus bebas daripada sebarang penglibatan politik dan tekanan komersil agar ada keseimbangan. 

Akta yang digubal perlu dikaji semula agar tidak menyebabkan pihak tertentu menggunakan undang-undang tersebut untuk menutup kelemahan dan salahlaku mereka.  Masyarakat pula perlu dididik semula tentang nilai-nilai moral seperti kesederhanaan, amanah yang sepatutnya perlu ada dalam setiap yang bergelar manusia tidak kira apa jua gelaran duniawi yang mereka perolehi kerana siapa kita pada hari ini akan mencerminkan negara, masyarakat dan generasi kita pada masa akan datang. 
 


Apa tindakan kita?      

Mengawal media melalui undang-undang  seperti kawalan, halangan dan sekatan dibuat melalui Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi, Akta Komunikasi dan Multimedia serta undang-undang keselamatan yang boleh mengenakan tindakan terhadap media yang dianggap oleh kerajaan sebagai menjejaskan keselamatan negara.Akta Mesin Cetak dan Penerbitan mewajibkan pemilik memohon dan membaharui lesen setiap tahun. Ini bermakna jika kerajaan tidak selesa dengan apa yang ditulis, ia berhak untuk tidak memperbaharui permit penerbitan untuk tahun berikutnya. 

Selain itu, Akta Hasutan boleh menyebabkan wartawan dimasukkan ke dalam lokap manakala Akta Komunikasi dan Multimedia pula mengheret wartawan untuk disoal siasat oleh pihak berkuasa  kerana menjalankan tugas sebagai pelapor, pemerhati dan penganalisis politik semasa.Kerajaan juga telah melakukan pindaan terhadap Akta Keterangan 1950 (Akta 56) yang membabitkan prosedur perundangan bagi proses pembuktian jenayah internet termasuk Facebook. Hal ini, Seksyen 114A terbabit boleh diguna pakai dalam kes jenayah dan sivil bagi tujuan mengenalpasti individu yang bertanggungjawab ke atas penyiaran dan penyebaran bahan unsur hasutan di media sosial.



Di sediakan oleh :

1) ADZIAH BINTI LAMBUN (YA2017-1332)
2) ELIVIA PAULINUS KUANDIP INSIH (YA2017-1321)
3) NOORSHALINA BINTI MOHD AMIR (YA2017-1374)
4) MOHD ASRI BIN MAJIRUN (YA2017-1023)
5) SYARIFAH MERLYNDA BT SYED ADBUL SALAM (YA2017-1333)
Di sediakan untuk :

ENCIK SUHAIMI SALLEH


 

 
 

No comments:

Post a Comment

Chapter 13 - 16 :Ringkasan dan ulasan

BAB 13 : EKONOMI MEDIA MASSA Pada akhir abad ke-19, Andrew Carnegie mempunyai idea cemerlang untuk membeli bahan dan keluli pembuata...