Chapter 1: Media and Culture
Di dalam bab 1 menerangkan tentang
hubungan media dan budaya tentang bagaimana sesuatu cerita dapat disampaikan
dengan cepat melalui perantaraan media.Bab ini memberi situasi kehilangan
telephone bimbit.Dalam situasi ini Sasha Gomez menerima impak dari perkongsian
di sosial media oleh Evan Guttman mengenai cerita kecurian telefon bimbit melalui
posting di sosial media tular keseluruh pelusuk dunia meyebabkan keluarga Sasha
Gomez menerima kritikan dan penghinaan dari masyarakat di sekeliling mereka.Tindakan
Evan Guttman yang menggunakan media untuk menyebarkan maklumat meyebabkan
penglibatan pihak berkuasa dan dirinya sendiri menjadi perbualan di media
sosial.Akibatnya Evan Guttman menjadi selebriti di sosial media..Cerita ini
menunjukkan kepada kita bagaimana hubungan teknologi media dan budaya saling
berkaitan antara satu sama lain dan mempengaruhi kehidupan kita setiap hari.Buku
bertajuk “Understanding Media” oleh Marshall McLuhan menjelaskan bahawa media
sebagai medium perantraan adalah sangat penting.Marshall Mcluhan dalam bukunya
menyatakan bahawa media membentuk masyarakat tetapi beliau tidak menyatakan
bagaimana budaya membentuk media.Fokus utama buku ini adalah masyarakat di
Amerika Syarikat dan ianya membincangkan tentang pertembungan media dan budaya
di Amerika Syarikat.
Perkembangan
media di era globalisasi telah memberi
kesan kepada masyarakat.Malah kebergantungan kita kepada media dapat dilihat
dengan penggunaan telefon bimbit di mana-mana-mana sahaja.Media jelas telah menjadi
sebahagian besar dalam kehidupan kita dan
mempengaruhi tindakan kita baik segi
aktiviti harian mahupun dalam bidang pekerjaan.Dengan memahami fungsi media
yang sebenar akan dapat membantu kita menjadi seorang yang berinformasi dan
lebih berjaya dalam bidang yang diceburi.Menurut Marshall McLuhan pakar
komunikasi di dalam bukunya “Understanding Media” menyatakan bahawa media
adalah lebih penting berbanding maklumat yang dibawa. Bab pertama di dalam buku
ini adalah berkaitan dengan pertembungan media dan budaya di Amerika Syarikat.Komunikasi
massa merujuk kepada proses penyampaian pesan kepada orang ramai melalui media.Perantaraan
yang digunakan adalah seperti internet atau televisyen.Budaya pula merujuk
kepada cara hidup yang berkembang dan dimiliki oleh sebuah kelompok
orang.Budaya dibentuk dari banyak unsur seperti kepercayaan,sikap dan bahasa.Sejarah
evolusi media bermula dengan penciptaan mesin cetak yang memudahkan penghasilan
surat khabar untuk pembaca.Surat khabar memberi gambaran tentang sesuatu budaya
masyarakat dan surat khabar secara tidak langsung membantu dalam proses
perubahan dunia.Pada 1980an pula “The Penny Press” di perkenalkan akhbar yang
dijual dengan harga murah dan melaporkan tentang jenayah dan peristiwa yang
berlaku dalam masyarakat New York.Perkembangan media massa iaitu radio,filem
dan televisyen pada tahun 1960an telah membantu dalam perkembangan budaya di Amerika
Syarikat.Walaubagaimanapun kemajuan teknologi ketika ini telah mewujudkan
persaingan antara budaya di Amerika Syarikat.Bermula tahun 1975 televisyen
berkembang pesat dengan penciptaan kabel televisyen.
Penginovasian
teknologi telah membentuk industri media di Amerika Syarikat dan penciptaan komunikasi tanpa wayar ,elektrik dan internet telah banyak membantu dalam perkembangan media
massa di Amerika Syarikat. Bermula dengan penciptaan elektrik dan seterusnya
membawa kepada komunikasi tanpa wayar yang menghubungkan jarak jauh menjadi
dekat.Peralatan pertama yang dicipta adalah telegraf yang akhirnya membawa
kepada penginovasian teknologi seperti radio,televisyen dan media siaran lain.Begitu
juga dengan internet yang membantu dalam perkongsian dan penyimpanan maklumat.Kehadiran
media dalam kehidupan kita bukan sahaja memberi hiburan tapi juga menjadi salah
satu saluran untuk mendapatkan informasi.Peranan internet contohnya dalam
kehidupan hari ini telah membuka ruang untuk masyarakat meluahkan pendapat
mereka melalui perantaraan sosial media.Salah satu peranan terpenting media
dalam konteks kerajaan demokrasi adalah menjadi “watchdog” yang memastikan
setiap aktiviti kerajaan atau bukan kerajaan diperhatikan.Terdapat banyak jenis
dan bentuk media yang kita boleh gunakan
bergantung kepada kesesuaian maklumat yang ingin di sampaikan.Evolusi budaya di
Amerika Syarikat bermula pada zaman moden( “Modern Age”) dan penciptaan
percetakaan akhhbar pada akhir abad ke 15th ke abad 18th
telah menjadi permulaan berkembangnya sistem pembelajaran.Begitu juga dengan
sistem pengangkutan,suasana politik menjadi lebih stabil dan perniagaan
berkembang pesat dan seterusnya informasi pun dapat di akses dengan lebih
mudah.Revolusi Perindustrian bermula di England pada tahun 1750 di ikuti oleh
Revolusi Perindustrian Amerika dan seterusnya Revolusi Perindustrian Perancis
pada tahun 1978.Perubahan besar-besaran ini telah memberi impak kepada
perubahan ekonomi,sosial dan budaya.Revolusi ini telah mengubah pengeluaran
dari pertanian kepda pembuatan.
Nilai
budaya membentuk media dan begitu juga sebaliknya.Dalam konteks masyarakat
Amerika Sayarikat yang membenarkan pengucapan bebas tetapi dalam menjaga nilai
budaya undang-undang di dijadikan sempadan.Begitu juga media mass yang sememangnya
banyak di gunakan dalam propaganda kerana mereka dapat menunjukkan fahaman dan
kepercayaan mereka menerusi media mass seperti radio,surat khabar,filem
dan sebagainya untuk memujuk dan mempengaruhi masyarakat.Media massa terdapat
sesorang yang di gelar sebagai “Gatekeepers” yang berperanan untuk membuat keputusan
dalam meyampaikan maklumat kepada masyarakat.Namun dengan adanya internet telah
menghadkan pengaruh “Gatekeepers” ini kerana penulis boleh terus memuat naik
hasil kerja mereka di Amazon.com tanpa melalui “Gatekeepers”. ”Tastemarkers”
adalah seseorang yang membentuk apa yang kita fikirkan dan sangat berkuasa
untuk mempengaruhi masyarakat.Hari ini di era globalisasi adalah sangat penting kita menjadi celik
media bukan sahaja menggunakan media untuk kepentingan peribadi tetapi untuk
kita mampu menganalisis,menilai danmenggunakan maklumat dnegan betul dan benar.
Ulasan
Media
dan budaya tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan masyarakat di Amerika Syarikat
khususnya.Melalui media, budaya dapat disalurkan kepada umum dan seterusnya
akan mempengaruhi kehidupan harian mereka.Media menjadi medium perantaraan
budaya kepada masyarakat dan ini menunujukkan bahawa pembentukan budaya sesebuah
masyarakat adalah dari media.Pembentukkan budaya oleh media bermula dari
penghasilan surat khabar yang dikenali sebagai “The Penny Press”.Surat khabar
ini mengandungi cerita berkaitan hiburan dan berita semasa dalam masyarakat
Amerika Syarikat.Media seperti televisyen dan radio telah membantu dalam
perkembangan budaya masyarakat Amerika Syarikat dan seterusnya pengenalan kabel
televisyen jelas memberi impak dalam perkembangan saluran-saluran televisyen di
Amerika Syarikat.Saluran-saluran ini menyajikan pelbagai rancangan yang
mempengaruhi budaya penduudk Amerika Syarikat.Dengan adanya internet media
massa menguasai sumber maklumat dan peranan media menjadi lebih besar.”Gatekeepers”
dan “watchdong” adalah antara kesan media massa dalam mengawal dan membentuk
masyarakat supaya suasana politik,ekonomi dan sosial dalam keadan terkawal dan
dikawal oleh pihak kerajaan atau pemilik media.
Chapter 2: Media Effect
Media
membawa berita dan makna tersirat dalam setiap informasi yang disampaikan
kepada masyarakat dunia.Kesan penggunaan media mass adalah antaranya menjadi medium
untuk memujuk dan melaksanakan propaganda,mempengaruhi tindakan golongan muda
melalui pengeluran permainan video dan pendedahan awal tentang seks kepada
golongan muda. Situasinya Di Amerika Syarikat media di kawal oleh state dan
digunakan sepenuhnya untuk mencetuskan propaganda dan pemujukan. Revolusi
Amerika dan Revolusi Komunis adalah antara gerakan yang berjaya mempromosikan fahaman
mereka dalam media melalui propaganda.Selain itu,media juga membawa kesan negative
kepada golongan muda yang bertindak agresif kesan dari pengeluaran permainan
video mempengaruhi sikap golongan muda dan membahaya masyarakat lain.Media baru seperti
internet dan bentuk media digital yang lain memberi kesan perubahan yang besar
kepada masyarakat.Internet telah membawa dan memperkenal banyak maklumat baru
kepada masyarakat dan hasil dari evolusi teknologi memudahkan pengakses
maklumat.Penyampaian dan penyebaran berita menjadi lebih cepat dan pantas
dengan adanya internet.
Berkaitan dengan kesan media massa dan komunikasi
kepada masyarakat dapat di kesan dengan teori-teori komunikasi seperti Agenda – Setting Theory, Uses and
Gratifications Theory, Uses and Gratifications Theory, Spiral
of Silence, Media Logic dan Cultivation Analysis. Agenda – Setting Theory
yang menjelaskan bahawa media massa
memang memiliki kekuatan untuk mempengaruhi bahkan membentuk pola fikiran
audience yang menerima maklumat. Uses and Gratifications
Theory pula adalah teori berkaitan bagaimana penggunaan media
memainkan peranan yang aktif dalam memilih da menggunakan media.Teori ini
seringkali digunakan dalam isu kontemporari media. Symbolic
Interactionism adalah teori yang berfokus kepada pentingnya konsep
diri dan persepsi yang memiliki individu berdasarkan interaksi dengan individu
lain.Kesan media dapat dikenalpasti melalui beberapa kaedah seperti analisis kandungan,penyelidakan
arkib,servay dan temubual.Namun begitu terdapat juga kontroversi dalam kajian
media seperti masalah berkaitan dengan teori dan metodologi.Sudat pandangan adalah
berbeza antara politik dan media dan kesannya adalah kecenderungan media adalah
berbeza.Oleh itu,apabila media dikuasi oleh politik maka pandangan media akan berdasarkan
fahaman sesuatu politik yang menguasainya.
Ulasan
Bab ini menjelaskan kesan media kepada
masyarakat.Media membawa dan menyampaikan maklumat kepada masyarakat.Oleh itu,
peranan media adalah sangat besar dalam mempengaruhi kehidupan seseorang dan
seterusnya membentuk budaya masyarakt.Disebabkan pengaruh media dari dahulu
lagi kerajaan akan menggunakan media untuk menyampaikan slogan dan mempengaruhi
masyarakat dalam bentuk propaganda dengan menggunakan medium media seperti
surat khbar,televisyen dan radio.Kesannya adalah pemikiran seseorang akan dikawal
dan ditanamkan sifat memperjuangkan apa yang mereka dengar dan lihat di media
setiap hari.Propaganda jelas sangat berjaya dalam memujuk masyarakat Amerika Syarikat
terlibat dalam perang.Namun begitu,banyak teori yang dikemukana oleh pakar-pakar
komunikasi yang membahaskan peranan media yang sebenar.
Chapter 3: Books
Laporan
tahunan National Endowment for the Arts (NEA) menunjukkan bagaimana penurunan
dan tindakan yang diambil untuk menggalakkan golongan muda membaca buku.Kesan
dari inovasi teknologi memberi impak kepada pembacaan dan pembelian buku
golongan muda kerana golongan muda lebih selesa menggunakan aplikasi seperti
buku elektronik.Sejarah penghasilan buku bermula pada zaman Mesir kuno .Penulisan
zaman Mesir kuno dikenali sebagai Papirus dan telah digunakan oleh kerajaan
Greek dan Roman.Antara abad ke 2 dan ke 4 Roman memulakan penghasilan buku
dengan melipat lebaran “parchment” dan mengikatnya.Tang Dynasty China memulakan
inovasi dalam penghasilan buku iaitu buku bercetak.Buku Diamond Sutra adalah
contoh pertama buku yang dicetak.Manakala di Eropah masyarakat masih menyalin
buku dengan tangan dan golongan biara menjadi pusat rujukan ilmu.Buku yang
dihasilkan ketika Zaman Pertengahan dihias dan hiasan sesebuah buku bergantung
kepada kekayaan pemiliknya. dan di namakan ‘illuminate’
Manuskrip ketika itu juga disimpan dan dijaga dengan rapi oleh pemiliknya.Pada
abad ke 14 pembuatan kertas bermula di Eropah. Johannes Gutenberg adalah orang yang
bertanggungjawab dalam perkembangan book dengan penciptaan mesin cetak pada
tahun 1448.Inovasi mesin cetak memainkan peranan penting dalam penghasilan
buku.Mesin cetak telah memudahkan penghasilan buku dalam masa yang singkat dan
membawa kepada perkembangan ekonomi dalam bidang mesin cetak.Sebelum adanya
mesin cetak penghasilan buku di Eropah adalah 30,000 ribu buah buku tetapi
selepas adanya mesin cetak buku yang dihasilkan adalah 10 juta ke 20 juta.Kesan
dari kemajuan percetakkan adalah penyebaran dan bagaimana maklumat disampaikan melalui
buku.Golongan pertengahan zaman Greece dan Roman yang sangat suka mendalami
ilmu telah menggalakkan penghasilkan buku dan seterusnya mencetuskan Zaman
Renaissance.Peningkatan dalam kemahiran membaca dikalangan golongan wanita juga
meningkat dan Pope Innocent VIII telah membenarkan Bible di cetak.Pada Zaman
Renaissance perpustakaan berkembang dan menjadi lambing kekuatan dan harta sesebuah
negara.
Kemajuan
industri percetakkan di Eropah telah menyedarkan penulis tentang kepentingan
meletakkan hakcipta karya mereka untuk menuntut keuntungan hasil dari jualan
karya mereka.Hasil karya yang tidak mempunyai hakcipta akan menjadi harta awam
dan boleh di akses secara percuma.Undang-undang berkaitan hakcipta bermula di
England pada tahun 1710 yang dinamakan “Statute of Queen Anne “ dan pada abad
ke 20 undang-undang berkaitan hakcipta di perketatkanoleh Amerika Syarikat.Kesan
dari kemajuan industry percetakkan juga munculnya syarikat penerbitan yang bertindak
untuk membantu penulis dalam menghasilkan buku.Tugas bahagian penerbitan
melakukan penyutingan,mencetak,mempromosikan dan mengedarkan buku.Di Amerika
Syarikat syarikat penerbitan dikuasai oleh enam syarikat penerbitan yang besar
atau lebih dikenali sebagai Big Six.Disebalik penghasilan dan penerbitan buku
yang berkembang pesat secara tidak langsung telah mempengaruhi budaya Amerika Syarikat sendiri.Ketika
Revoluti Amerika surat khabra dan risalah dijadikan pilihan utama untuk
menyalurkan maklumat kepada umum.Pada tahun era 1800an banyak buku yang dihasilkan
oleh penulis seperti Harriet Beecher Stowe (Uncle Tom’s Cabin), James Fenimore Cooper (The
Last of the Mohicans),penyajak Walt Whitman yang menghasilkan karya bertajuk Leaves
of Grass dan Washington Irving yang menulis cerita pendek bertajuk Rip Van Winkle dan The Legend of Sleepy Hollow.Bermula
abad ke 20 berbagai genra yang dihasilkan oleh
penulis untuk memenuhi permintaan pembaca dan abad ke 21 penerbitan di
dominasi oleh penjualan buku secara besar-besaran.Kini pihak penerbitan lebih
memfokus kepada menerbitan karya yang boleh dijual dengan laris dan kesannya
kepada kedai-kedai buku adalah kedai buku lebih mengutamakan buku yang boleh
dijual dengan laris sahaja.Inovasi teknologi telah memberi impak yang besar
kepada perubahan bentuk sesebuah buku dihasilkan.Buku kini boleh didapati dalam
bentuk buku elektronik dan penubuhan perpustakaan digital memudahkan pengaksesan
kepada maklumat oleh masyarakat.
Ulasan
Penghasilkan buku dalam bentuk cetak
kini tidak mendapat sambut sepertimana dahulu.Ini adalah kesan dari evolusi
penghasilan buku dalam bentuk digital.Kanak-kanak yang membesar dalam suasana
digital seperti baby boomers lebih suka menggunakan komputer dan peralatan
digital untuk menerima dan menyampaikan maklumat.Disebabkan ini,perubahan dalam
penerbitan buku lebih tertumpu kepada penhasilan buku elektronik dan kebanyakan
dokumen dan sumber maklumat yang lain di tukar kepada digital untuk memudahkan
pengaksesan maklumat oleh golongan muda khususnya.Syarikat penerbitan juga kini
bergabung dalam satu syarikat yang besar untuk menghasilakn karya yang lebih
menguntungkan dan membentuk pasaran digital kepada golongan muda.Gabungan syarikat
penerbitan mempengaruhi perkembangan politik dan ekonomi dunia secara tidak
langsung.
Disediakan oleh : SYARIFAH MERLYNDA BT SYED ABDUL SALAM (YA2017-1333)
No comments:
Post a Comment