Tuesday, December 18, 2018

Tugasan 1 : Kebebasan media :Kebebasan yang bagaimana?



Kebebasan model mana?  

Menurut Rod Holmgren dan William media di definisikan sebagai “communication channel that serve people” .Media dilihat memainkan peranana penting dalam perpaduan rakyat.Menurut Vir Bala Aggarwal (2002:xviii)media memainkan peranan penting kepada masyarakat iaitu sebagai pelindung kepada nilai-nilai demokrasi.Media adalah seperti akhbar,  buku, majalah, radio, televisyen dan  Internet dan ini termasuklah media baharu iaitu media sosial seperti Facebook,blog, Twitter dan sebagainya. Masyarakat dunia hari ini  menerima maklumat dengan pantas dan cepat kerana  maklumat dapat disebarkan dengan cepat melalui komunikasi media yang bebas dan terbuka.Tidak di nafikan,media komunikasi mampu memberi pelbagai impak terhadap individu,masyarakat dan negara.



Menurut Merill 1997, di seluruh dunia kebebasan media dan komunikasi adalah sesuatu yang terlalu ideal dan tidak ada sebuah negara pun di dunia yang benar-benar memperolehi kebebasan tersebut.Ini kerana media juga dlihat sebagai satu ancaman kepada sesebuah negara.Menurut Indeks Kebebasan Akhbar Dunia (World Press Freedom Index) 2017 menunjukkan negara seperti Denmark,Belanda,Finland Sweden dan Norway adalah antara negara yang mempunyai kebebasan media manakala Malaysia berada di kedudukan 145 daripada 180 negara pada tahun 2018 dan pada tahun 2017 Malaysia berada di kedudukan 122.Dalam konteks media di Malaysia  diberi kebebasan untuk berperanan dalam linkungan undang-undang dan akta yang telah di tetapkan.

Had kebebasan

Kebebasan media dalam memperolehi mesej dan menyebarkannya perlulah bergerak dalam  lingkungan undang-undang serta berpegang teguh pada akhlak dan etika yang luhur selain mempunyai hak dan tanggungjawab yang cukup besar dalam mencorak dan menentukan acuan  yang sesuai untuk rakyat dan negara dalam penggunaan media diera globalisasi ini.Di samping itu,dalam soal prinsip kebebasan bersuara. Dalam isu ini, media adalah satu medium yang mampu memberi kesan besar kepada masyarakat. Justeru, ajaran Islam perlu dijadikan dasar dan panduan utama dalam membentuk garis panduan kebebasan media komunikasi mahupun media massa dan amalan etika pengawal serta penggunaan media di negara kita.


Dalam era Internet dan Media Sosia: Bolehkah kebebasan dihalang?

Kebebasan boleh dihalang dengan cara penguatkuasaan undang-undang oleh pihak kerajaan.Kebebasan mengeluarkan pendapat dan  kebebasan  bersuara merupakan hak dasar setiap  manusia dan penyampaian  ekspresi baik secara  lisan mahupun tulisan melalui media.Perlembagaan telah mewartakan dalam Fasal(1)(a) Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan Malaysia bahawa tiap-tiap warganegara adalah berhak untuk bebas bersuara.Namun perlu diingat bahawa kebebasan ini bukanlah suatu hak mutlak.Fasal (2) Perkara 10 memberi kuasa kepada Parlimen  undang kepada kebebasan bercakap dan bersuara demi memelihara kepentingan keselamatan Persekutuan ,hubungan baik dengan Negara-negara lain,ketenteraman awam atau prinsip moral.Antara sekatan yang dikuatkuasa ialah seperti Akta Rahsia Rasmi 1972,Akta Hasutan 1948,Akta Fitnah 1957,Akta Pencetakan dan Penerbitan 1984,Akta Ketenteraman Awam(Pemeliharaan)1958 (Semakan 1983),Akta Dewan Parlimen(Keistimewaan dan Kuasa)1952(Semakan 1988) telah diwujudkan bagi menghadkan skop kebebasan bercakap seseorang warganegara di Malaysia.


Seiring perkembangan teknologi pada masa kini, kebebasan mengeluarkan pendapat di media tidak hanya tertumpu pada media cetak danpenyiaran tetapi juga pada media sosial. Media sosial memberikan peluang kepada sesiapa sahaja untuk menyampai pendapat. Contohnya Facebook,Twitter,youtube dan banyak lagi.Pengguna bebas untuk menyatakan atau menulis apa sahaja pada media sosial yang mereka inginkan.Walaubagaimanapun, kebebasan media ini boleh dihalang dengan menguatkuasakan undang-undang kerajaan untuk menghalang dari terjadinya hal-hal yang boleh menjatuhkan maruah seseorang, menghina kerajaan, memporak-perandakan keamanan Negara dan lain-lain.Selain itu,kebebasan media dapat mendidik masyarakat agar lebih berwaspada dalam memberikan padangan dan buah fikiran dalam menyebarkan maklumat yang sahih yang dapat memberikan impak positif kepada masyarakat dan negara.


Perlukah di halang?


Kebebasan media adalah kebebasan bersuara dan menyatakan pendapat. Tidak dinafikan melalui media sesuatu informasi dapat diperolehi dan melalui informasi ini  juga boleh menjadi pemangkin kepada sesuatu pergerakan revolusi. Namun begitu, tidak bererti sesuatu perkara yang mempunyai sensitiviti seperti kaum dan agama dijadikan isu perbahasan yang boleh menyinggung perasaan masyarakat berkenaan. Ini adalah bagi memastikan sesuatu negara itu kekal harmoni. Justeru itu juga takrifan lain bagi ‘kebebasan’ adalah lebihan daripada apa yang tinggal setelah undang-undang menetapkan batas terhadapnya, yang bermaksud had yang dikenakan sebelum komunikasi berlaku contohnya penapisan dan hukuman yang dikenakan setelah pelanggaran had yang ditetapkan berlaku. 


Namun persoalannya disini adalah, dalam era internet dan model sosial, perlukah kebebasan media itu dihalang?. Sepertimana yang diketahui, media yang bertindak secara bebas dikaitkan sebagai pemerhati atau watchdog bagi pihak rakyat, media juga turut dikaitkan sebagai medium perantaraan kerana melalui sumber dan informasi media la masyarakat dapat mengetahui perkembangan, laporan dan pelbagai lagi. Melalui media ini juga pendapat dan suara rakyat dapat diketengahkan. Justeru itu bagi membolehkan pertukaran maklumat ini berlaku secara telus, benar dan cepat, kebebasan media adalah diperlukan.  Lebih-lebih lagi dalam sebuah negara yang yang mengamalkan pemerintahan demokratik. Kebebasan media adalah perlu bagi mengimbangi pemerintah (check and balance) sepertimana menurut ahli falsafah Libertarian menyatakan manusia adalah makhluk yang rasional dan dirinya merupakan tujuan bagi hidupnya iaitu mencari kebahagian dan kesejahteraan.


Dalam era internet dan model sosial, masyarakat mula  menggunakan medium baru untuk mengemukakan pandangan bagi menjamin hak asasi mereka, menyatakan hasrat, berkongsi pendapat dan maklumat mereka sesuai dengan asprasi golongan muda masa kini. Penggunaan medium ini adalah seiring dengan peredaran era globalisasi dan juga didesak oleh sekatan-sekatan yang dikenakan ke atas media tradisional seperti akhbar, radio dan television sebelum ini. Peralihan medium massa ini menyebabkan masyarakat bebas dan lebih terbuka untuk mengemukakan pandangan di media sosial . Selain itu melalui medium ini juga maklumat lebih cepat tersebar kepada umum.
 

Maka itulah kebebasan media dalam era internet dan model sosial tidak perlu dihalang tetapi pemantauan perlu dibuat dan penguatkuasaan undang-undang perlu ditegaskan lagi bagi mereka yang menyentuh unsur-unsur yang berkaitan fitnah dan menyentuh sensitiviti masyarakat lain yang boleh menjejaskan keharmonian negara. Manakala bagi hal-hal berkaitan dokumen terperingkat atau rahsia, pihak kerajaan dan pihak-pihak tertentu perlu adil dalam membuat perbezaan klasfikasi dokumen tersebut agar tidak berlaku penyalahgunaan kuasa atau penyelewangan. Ini kerana rakyat juga perlu tahu hak mereka memandangkan kesan keputusan yang diambil oleh sesetangah pihak atau kerajaan tersebut akan ditanggung oleh rakyat. Justeru itu la media yang berperanan sebagai pemerhati ini tidak perlu dihalang kebebasannya tetapi pemantauan perlu dibuat dan penguatkuasaan undang-undang yang tegas dan adil perlu diambil.

Dalam masa yang sama, masyarakat perlu dididik tentang nilai-nilai moral yang tinggi dalam kehidupan seharian agar keharmonian dan keamanan dapat diteruskan tanpa menjejaskan hak rakyat. Kebebasan media  dan dalam masa yang sama pemantauan dibuat tidak bererti kebebasan media itu dikawal, tetapi ini hanyalah untuk memainkan peranan sebagai agen semak dan imbang kepada kemajuan pembangunan negara bersesuaian dengan prasyarat negara demokrasi iaitu media yang bebas.



Kebebasan Media - Penyelesaiannya

Kebebasan media dalam penyampaian maklumat dan informasi adalah perlu. Hal ini kerana setiap kita ataupun masyarakat di setiap pelusuk perlu mendapatkan sesuatu berita yang benar dan sahih. Saya mengambil contoh berkenaan kebebasan media di Malaysia lebih terbatas dan ketinggalan jika dibandingkan dengan media luar. Kebanyakan organisasi media dikawal oleh sesetengah pihak sama ada pro kerajaan mahupun yang anti kerajaan. Media massa perlu bebas dari unsur-unsur berat sebelah, fitnah, laporan palsu, hasutan dan seumpamanya. Setiap organisasi media seharusnya membentuk etika yang penyampaian yang telus dan tidak mudah dimanipulasi oleh mana-mana pihak.

Oleh yang demikian dalam penyelesaiannya, sekatan yang dikenakan oleh undang-undang dan beberapa akta adalah wajar. Walaupun adanya sekatan dari segi undang-undang namun ianya tidak akan menghalang media dalam menyebarkan seterusnya menyampaikan maklumat dan berita kepada masyarakat. Sebagai contoh dalam menyebar dan menyampaikan sesuatu maklumat ataupun berita dalam Malaysia, media perlu melihat tentang sensitiviti masyarakat kerana seperti yang kita sedia maklum bahawa negara Malaysia mempunyai rakyat yang terdiri daripada berbilang kaum, agama dan bangsa. Maka bagi saya wajarlah media menjaga keharmonian dan menghormati hak rakyat Malaysia.

Walaupun media komunikasi diberi kebebasan namun masih lagi dalam lingkungan undang-undang dan akta yang telah ditetapkan bagi mengekalkan kestabilan, keharmonian dan ketenteraman negara. Melaui media soal undang-undang, akta dan etika kewartanan sangat penting demi menjaga kepentingan semua pihak.




Di sediakan oleh :

1) ADZIAH BINTI LAMBUN (YA2017-1332)
2) ELIVIA PAULINUS KUANDIP INSIH (YA2017-1321)
3) NOORSHALINA BINTI MOHD AMIR (YA2017-1374)
4) MOHD ASRI BIN MAJIRUN (YA2017-1023)
5) SYARIFAH MERLYNDA BT SYED ADBUL SALAM (YA2017-1333)

Di sediakan untuk :


ENCIK SUHAIMI SALLEH 







 
 







No comments:

Post a Comment

Chapter 13 - 16 :Ringkasan dan ulasan

BAB 13 : EKONOMI MEDIA MASSA Pada akhir abad ke-19, Andrew Carnegie mempunyai idea cemerlang untuk membeli bahan dan keluli pembuata...